Tuesday, 24 September 2019

Glocal famtour experience to Korea





Assalamualaikum!

Hai hai!

Sesiapa berminat nak ke Korea boleh join pertandingan ni.

Cuma nyatakan anda nak pergi bahagian mana korea antara 9 yang dia nyatakan, dengan siapa anda nak pergi, nak buat apa kat sana dan kenapa pilih bahagian tu.



18 tahun keatas sahaja ya. hehe
Kita boleh pilih antara 9 province diatas






Visit Korea for me. boleh klik link di bawah


contest melawat korea


Contest runs from September 16th to the 30th!

tak banyak masa dah, selamat menulis!

#kekorea #visitkorea #melawatkorea #pertandinganglocalkorea #menangpercutiankekorea

Friday, 20 September 2019

PESTA LAYANG-LAYANG KABONG




PESTA LAYANG-LAYANG KABONG

Pesta ni masa bulan Mac 2018. Pertama kali pergi pesta di sarawak. bestfriend ajak, kalau tak tak tau ada pesta ni.

Aku pergi pada 10 Mac 2018. Mendung masa tu, tapi pesta layang-layang tetap diteruskan.
 Ada banyak gerai menjual pelbagai makanan. Makanan tempatan dan makanan segera.

Suasana pesta di sini tak semeriah yang aku bayangkan. Memang lain susasana dengan semenanjung. 





Cantik dan bewarna warni


layang-layang dari pelbagai negara. yang ini dari Cina


Aiskrim gula apong. sedap sangat. mesti cuba kalau anda terjumpa.





klik link -Map kalau nak ke Pantai Tanjung Kembang, Kabong.

Kalau nak baca lebih lanjut boleh klik link dibawah.

Kabong Kite Festival (Pesta Layang-layang Kabong) takes place at Tanjung Kembang Beach and features a beach-wide celebration of kite flying culture.
This festival aims to promote the kite heritage and the beautiful beaches in Kabong. The beautiful beaches and colourful kites will make beautiful scenery which attracts more tourists that want to enjoy beautiful beach and traditional kampung’s life.
Along with kite flying, the festival features local product sales and exhibition booths, beach sports competitions, a bike autoshow, open karaoke competition and a night festival.

ini daripada website Sarawak Tourism


Wednesday, 4 September 2019

Sarawak

Assalamualaikum

Aku masih belajar nak mencantikkan blog ni supaya tak nampak kusam.

tapi yang paling utama nak pastikan isi kandungan blog ni bermanfaat.

Rasa nak menulis, tapi akhirnya akan jadi bebelan yang tiada maklumat.

Haish,

ok, nak cerita sikit. Pertama kali aku jejakkan kaki ke Kuching pada bulan Januari 2018. Aku masih ingat tarikhnya. 6 Januari 2018. kebetulan tarikh ni sama dengan hari lahir sahabat baik aku.

Jika di Kuching kau akan rasa sama seperti di Semenanjung. Tetapi bila kau pergi bandar-bandar kecil yang lain baru kau akan rasa sangat perbezaanya.

Aku pecahkan kepada beberapa bahagian. Harap-harap diberi kerajinan nak cerita panjang lebar satu persatu.

1. Makanan
2. Waktu Solat
3. Jalan Raya
4. Kenderaan/Pengangkutan/RnR
5. Tandas Awam
6. Hospital
7. Kedai Makan
8. Pengurusan Sampah
9. PBT
10.dan lain-lain

Sekarang nak senaraikan bandar yang aku dah pergi. Bukan untuk menunjuk, tetapi sebagai catatan. Aku rasa rugi sangat tak menulis. dalam tahun ni baru dapat ilham nak menulis.

1. Bau
2. Sematan
3. Lundu
4. Kuching
5. Samarahan
6. Petrajaya
7. Simunjan
8. Serian
9. Sri Aman (Lingga, Lubok Antu, Engkilili)
10. Betong (Spaoh, Debak, Pusa)
11. Sarikei (di sebut sikei)
12. Saratok
13. Kabong
14. Belawai
15. Daro
16. Pulau Bruit
17. Sibu
18. Kanowit
19. Mukah
20. Bintulu
21. Miri (Niah)
22. Lawas

Ini tempat-tempat yang aku dah pergi di Borneo. Ada jugak yang belum ditanda.👆

Semua kawasan ni aku pergi pada tahun 2018. Memang agak letih. Dan baru la nampak perbezaan yang ketara antara Borneo dan semenanjung.

Untuk ceritakan satu persatu aku rasa kena duduk bertenang dan buat sedikit demi sedikit.

Sekian sahaja untuk hari ini. Aku nak memasak dulu. Sehingga ketemu lagi.


#jalan-jalan #sarawak #kanowit #kuching #daro #belawai



Thursday, 29 August 2019

CARA-CARA MENGGUNAKAN SHOPBACK

Hari ni aku nak kongsi tentang Shopback.

Memang berbaloi guna shopback. dah rm 200 lebih dapat semula. di bawah ada gambar-gambar cara guna shopback.

Shopback ni satu web/apps yang kita guna untuk dapatkan pulangan tunai atau rebat (tak tau nak guna istilah melayu apa) . kira dia bagi balik komisyen ikut peratusan.

Sesiapa yang  SUKA ONLINE SHOPPING?🤩🤩🤩🤩

rugi kalau tak guna shopback ni..banyak boleh dapat😍😍
Boleh download kat telefon atau beli guna website.

berapa peratus dapat, bergantung pada Merchant.
Contoh yang best dan banyak orang guna ialah Lazada, Shopee, Agoda, Grab dan macam2 lagi.
Dari saja-saja beli, boleh kumpul duit. 
mula-mula macam leceh dan tak rasa apa. tapi bila dah lama guna rasa berbaloi sangat.

macam aku mula  aktif dari bulan Mac 2019. walaupun dah register dan tahu lama, tapi asyik lupa nak guna.

Aku banyak guna Agoda🥳
Setakat ni dah keluarkan RM 93.53. dah boleh keluarkan lagi. tapi nak kumpul dulu,

Minimum boleh keluarkan bila dah terkumpul RM 10


Hanya perkongsian.benda baik kena kongsi. sesiapa nak cuba boleh tengok kat gambar.🌹
Sesiapa nak register boleh klik link bawah.Boleh dapat RM 5 bila siap register.


terima kasih. Selamat mencuba!























#SHOPBACK👀

Wednesday, 28 August 2019

BUNGA


BUNGA POKOK LABU

BUNGA POKOK ROZEL

BELIMBING DAYAK



Dah 6 hari tak buat apa-apa entri. Hari ni nak kongsi tentang buah belimbing dayak. Boleh didapati di borneo. Ni aku beli di Sarawak. buahnya sedap kalau dapat yang masam manis. Kalau terbeli yang masam sahaja, lambat jugak nak habiskan. haha.

harga tak mahal sangat. rm 2 seikat dah boleh dapat. Sarawak ni kebanyakan buah-buahan tempatan dijual ikut longgok. kadang-kadang dijual dalam 'kong'. 1 kong, 2 kong. Kong ni biasa dia guna tin susu.

Kalau sesiapa jalan-jalan sarawak masih musim buah ni, boleh cuba beli dan rasa.

Isi masam manis macam buah rambai. Sedap!

Kulit luar dia boleh potong-potog dan buat jeruk. letak gula, garam  kemudian simpan dalam peti sejuk.

Awas, sesiapa sakit perut jangan makan banyak-banyak jeruk ya.

Sekian sahaja untuk hari ini.

Bertemu lagi dilain entri!👀❤

ni dah macam lebam sikit, sebab da 2 3 hari baru ambik gambar

yang putih tu isi dia


belimbing dayak atau belimbing merah

Thursday, 22 August 2019

ISTIQAMAH

benda yang nampak senang tapi kadang-kadang sukar nak buat.

tapi, kalau berjaya buat memang banyak kesan pada diri.

kesan yang baik kalau kita istiqamah benda yang baik.