Thursday, 29 August 2019

CARA-CARA MENGGUNAKAN SHOPBACK

Hari ni aku nak kongsi tentang Shopback.

Memang berbaloi guna shopback. dah rm 200 lebih dapat semula. di bawah ada gambar-gambar cara guna shopback.

Shopback ni satu web/apps yang kita guna untuk dapatkan pulangan tunai atau rebat (tak tau nak guna istilah melayu apa) . kira dia bagi balik komisyen ikut peratusan.

Sesiapa yang  SUKA ONLINE SHOPPING?🤩🤩🤩🤩

rugi kalau tak guna shopback ni..banyak boleh dapat😍😍
Boleh download kat telefon atau beli guna website.

berapa peratus dapat, bergantung pada Merchant.
Contoh yang best dan banyak orang guna ialah Lazada, Shopee, Agoda, Grab dan macam2 lagi.
Dari saja-saja beli, boleh kumpul duit. 
mula-mula macam leceh dan tak rasa apa. tapi bila dah lama guna rasa berbaloi sangat.

macam aku mula  aktif dari bulan Mac 2019. walaupun dah register dan tahu lama, tapi asyik lupa nak guna.

Aku banyak guna Agoda🥳
Setakat ni dah keluarkan RM 93.53. dah boleh keluarkan lagi. tapi nak kumpul dulu,

Minimum boleh keluarkan bila dah terkumpul RM 10


Hanya perkongsian.benda baik kena kongsi. sesiapa nak cuba boleh tengok kat gambar.🌹
Sesiapa nak register boleh klik link bawah.Boleh dapat RM 5 bila siap register.


terima kasih. Selamat mencuba!























#SHOPBACK👀

Wednesday, 28 August 2019

BUNGA


BUNGA POKOK LABU

BUNGA POKOK ROZEL

BELIMBING DAYAK



Dah 6 hari tak buat apa-apa entri. Hari ni nak kongsi tentang buah belimbing dayak. Boleh didapati di borneo. Ni aku beli di Sarawak. buahnya sedap kalau dapat yang masam manis. Kalau terbeli yang masam sahaja, lambat jugak nak habiskan. haha.

harga tak mahal sangat. rm 2 seikat dah boleh dapat. Sarawak ni kebanyakan buah-buahan tempatan dijual ikut longgok. kadang-kadang dijual dalam 'kong'. 1 kong, 2 kong. Kong ni biasa dia guna tin susu.

Kalau sesiapa jalan-jalan sarawak masih musim buah ni, boleh cuba beli dan rasa.

Isi masam manis macam buah rambai. Sedap!

Kulit luar dia boleh potong-potog dan buat jeruk. letak gula, garam  kemudian simpan dalam peti sejuk.

Awas, sesiapa sakit perut jangan makan banyak-banyak jeruk ya.

Sekian sahaja untuk hari ini.

Bertemu lagi dilain entri!👀❤

ni dah macam lebam sikit, sebab da 2 3 hari baru ambik gambar

yang putih tu isi dia


belimbing dayak atau belimbing merah

Thursday, 22 August 2019

ISTIQAMAH

benda yang nampak senang tapi kadang-kadang sukar nak buat.

tapi, kalau berjaya buat memang banyak kesan pada diri.

kesan yang baik kalau kita istiqamah benda yang baik.


Hai!

Assalamualaikum.

Percubaan untuk menulis blog. Sebenarnya aku tiada idea nak tulis apa. Dah berhabuk blog ini. Entri pertama dulu (tahun 2015) sekadar nak tolong promot homestay. Dah delete entri tersebut.😂

Bila nak tulis entri pertama ini agak mencabar sebenarnya. Rupa-rupanya bukan senang nak jadi penulis. Sebelum ini aku hanya pembaca. Pembaca tegar. Seronok membaca buku-buku, artikel, suratkkhabar, entri-entri yang ditulis didalam blog, facebook, twitter dan mana-mana bahan bacaan yang menarik.

Bila diri sendiri nak tulis, Fuhh. bukan main-main. Tahniah kepada semua penulis didunia ini. dan terima kasih!

Gambar ini masa perjalanan ke Daro. Jika berkesempatan aku buat entri tentang Daro.


Wednesday, 21 August 2019

HOMESTAY U JIMAT, PARIT RAJA, BATU PAHAT

Seperti tajuk, ada 2 hometsay sehingga awal bulan 9 sahaja.


Rumah 1(RM 110 satu malam)

Alamat-  No 14 Jalan Inspira 2, Taman Inspira. Parit Raja

Rumah teres 4 bilik (4 bilik tidur,  3 bilik air)
Semua bilik berkipas (tiada air cond)

Rumah 2 (RM 100 satu malam)

Alamat--- No 21 Jalan Universiti 17 Taman Universiti Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
Rumah teres 3 bilik 
Semua bilik berkipas (tiada air-cond)

3 bilik tidur, 2 bilik air.  Bilik utama 1 katil queen. Bilik kedua, 2  katil single. Bilik ketiga, 2 katil single.



******
Kedua-dua rumah dilokasi *STRATEGIK*
Uni. Tun Hussein Onn - 3 min
Kolej kemahiran tinggi mara-2 min
Kolej jururawat -3 min
Kolej Polytech Mara-4 min
Kolej vokasional Batu Pahat-10 min
IPGK Tun Hussein Onn-10 mim
Bandar Batu Pahat-25 min
Exit tol Air Hitam-10 min
Wet world Batu Pahat -20 min

*******
KEMUDAHAN di homestay
Peti sejuk, mesin basuh, dapur, pingan mangkuk dan peralatan memasak, rice cooker,  kettle, seterika, toaster, tv ASTRO NJOI.  

*******
Check in 2.00 petang
Check out 1.00 tengah hari

*******
Whatapps/call Hj Esa 0137537071 untuk booking/tempahan
Boleh minta gambar lain di whatsapp kalau nak tengok.😁